Pengenalan

Dalam bidang guaman Syarie, Peguam Syarie adalah antara orang yang paling layak untuk mengendalikan permasalahan Syariah kerana ia terletak di bawah kepakaran mereka, bermula daripada prosedur Mahkamah, penyediaan dokumen-dokumen berkaitan kes, sehinggalah peringkat yang seterusnya, yang mana dengan kehadiran peguam ini kes-kes akan dapat diselesaikan dengan lebih cepat serta dapat menjimatkan masa Mahkamah. Peguam Syarie akan bertindak mewakili anak guamnya dalam kes-kes yang terletak di bawah bidangkuasa Mahkamah Syariah.

Peguam ialah orang atau pihak yang bertanggungjawab memberi bantuan guaman kepada pelanggannya, ataupun bertindak sebagaiwakil bagi pihak-pihak yang bertikai di dalam sesuatu perkara, sekiranya pihak-pihak tersebut tidak mampu untuk tampil sendiri ke hadapan untuk menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi. Allah s.w.t. menyeru supaya bertanya dan menyerahkan sesuatu perkara kepada ahlinya ataupun orang yang mahir mengenainya.

Hal ini dijelaskan lagi oleh firman Allah dalam Surah An-Nahl ayat 43 yang bermaksud :

“Maka bertanyalah kepada ahluz dzikr jika kamu tidak tahu “.

Justeru itu, sebarang kemusykilan berkaitan dengan permasalahan anda yang melibatkan undang-undang syariah di Malaysia, sila hubungi pihak kami dan kami sedia membantu anda, agar anda yang buntu dapat kami bantu.