Hak Jagaan Anak – Siapakah Lebih Berhak?

Tahukah anda siapakah Hadhinah (Penjaga) yang berhak terhadap hadanah?

Urutan keutamaan penjagaan anak menurut undang-undang dan syarak adalah sebagaimana berikut:-

  1. Ibu
  2. Nenek sebelah ibu hingga ke atas peringkatnya;
  3. Bapa;
  4. Nenek sebelah bapa hingga ke atas peringkatnya;
  5. Kakak atau adik perempuan seibu sebapa;
  6. Kakak atau adik perempuan seibu;
  7. Kakak atau adik perempuan sebapa;
  8. Anak perempuan daripada kakak atau adik perempuan seibu sebapa;
  9. Anak perempuan daripada kakak atau adik seibu;
  10. Anak perempuan daripada kakak atau adik perempuan sebapa
  11. Emak saudara sebelah ibu;
  12. Emak saudara sebelah bapa:
  13. Waris lelaki yang boleh meniadi warisnya sebagai ‘asobah

 

Apakah pertimbangan yang dilihat oleh MAHKAMAH untuk menentukan hak jagaan anak?

  1. kebajikan anak anak tersebut
  2. kemahuan ibu bapa kanak kanak tersebut
  3. kemahuan kanak kanak tersebut di dalam peringkat umur yang boleh menyatakan pendirian nya.

 

Apakah wujud kelayakan-kelayakan bagi seorang ibu untuk menjadi penjaga kepada anak yang masih di bawah umur?

Hak seseorang perempuan(ibu) atau bapa terhadap Hadhanah akan hilang apabila berlaku situasi-situasi seperti berikut:

  1. Jika perempuan itu berkahwin dengan seseorang yang tidak mempunyai pertalian dengan kanak-kanak itu yang orang itu dilarang berkahwin dengan kanak-kanak itu, jika jagaannya dalam hal sedemikian akan menjejaskan kebajikan kanak-kanak itu tetapi haknya untuk jagaan akan kembali semula jika perkahwinan itu dibubarkan;
  2. Jika perempuan itu berkelakuan buruk secara keterlaluan dan terbuka;
  3. Jika perempuan itu menukar pemastautinannya dengan tujuan untuk mencegah bapa kanak-kanak itu daripada menjalankan pengawasan yang perlu ke atas kanak-kanak itu, kecuali bahawa seseorang isteri yang bercerai boleh mengambil anaknya sendiri ke tempat lahir isteri itu;
  4. Jika perempuan itu murtad;
  5. Jika perempuan itu mengabaikan atau menganiaya kanak-kanak itu

 

Dalam Arahan Amalan No. 15 Tahun 2007[18] juga ada memperuntukkan bahawa alasan yang menyebabkan hak jagaan seseorang bapa atau pihak lelaki hilang kelayakan terhadap Hadhanah, antaranya ialah:

  1. Jika dia berkelakuan buruk secara keterlaluan dan terbuka
  2. Jika dia murtad;
  3. Jika dia mencuaikan atau menganiaya kanak-kanak itu;
  4. Jika dia menjadi tidak sempurna akal;

 

Jika dia berpenyakit kusta, sopak atau penyakit-penyakit lain yang berjangkit yang membahayakan kanak-kanak itu.

Perlu diingat bahawa pertimbangan dan penilaian Mahkamah kepada siapa berhak hak jagaan adalah dengan melihat kepada kebajikan, kemaslahatan dan keselamatan kannak-kanak tersebut .

 

#PeguamSyarie
#GuamanSyarie
#MahkamahSyariah
#HakJagaanAnak
#Hadhanah