Category: Harta

Harta Sepencarian

KEHENDAK UNDANG-UNDANG BERKAITAN HARTA SEPANCARIAN

Di dalam menentukan apa-apa aset/harta sebagai Harta sepencarian, kita hendaklah memahami kehendak undang-undang bahawa maksud harta sepencarian itu boleh wujud dalam tiga keadaan iaitu:-

  1. Harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa menurut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syara’, dengan usaha bersama mereka;
  2. Harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa menurut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syara’, dengan usaha tunggal satu pihak kepada perkahwinan itu; dan
  3. Harta yang dipunyai oleh satu pihak sebelum perkahwinan itu yang telah dimajukan pada sebahagian besarnya dalam masa perkahwinan itu berkuatkuasa menurut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syara’ oleh pihak yang satu itu atau dengan usaha bersama suami isteri.
Caruman KWSP

Caruman KWSP Sebagai Harta Sepencarian

Di dalam masyarakat kita pada hari ini ramai yang keliru tentang hak pihak-pihak samada mereka berhak terhadap wang caruman di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Di sini dijelaskan tentang status keberhakan piak-pihak tentang KWSP sebagai harta sepencarian.…

Hukum Hibah

Apa Itu Hibah?

Di Malaysia, tiada peruntukan khusus mengenai undang-undang hibah yang dikanunkan.  Ini bermakna Dewan Perundangan Negeri dan Parlimen (bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan) tidak pernah meluluskan statut khusus mengenai hibah orang Islam untuk dilaksanakan di Mahkamah-mahkamah Syariah. Setakat yang ada hanyalah peruntukan yang menjelaskan tentang bidang kuasa Mahkamah Syariah mengenainya termasuk dalam Butiran 1, Senarai II Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa:…