Adalah amat penting untuk seorang suami atau isteri untuk mengambil langkah dengan membuat permohonan pengesahan cerai tersebut di mana-mana Mahkamah yang berbidangkuasa iaitu di mana tempat anda bermastautin.
Sekiranya berlaku sesuatu lafaz yang diucapkan oleh suami, baik berbentuk lafaz yang soreh atau secara tulisan, atau di hadapan orang lain, atau pengakuan suami kepada seseorang yang lain atau apa jua sekalipun yang membangkitkan keraguan di sisi suami atau isteri atau kedua-duanya samaada talaq telah jatuh atau tidak maka jalan yang terbaik adalah dengan membuat pengesahan lafaz talak di Mahkamah.…
Category: Artikel
Soalan-soalan lazim tentang Perceraian
- Apakah jenis perceraian yang boleh difailkan di Mahkamah Syariah?
Terdapat beberapa jenis perceraian yang boleh difailkan iaitu:
Perceraian Persetujuan Bersama
Perceraian Fasakh
Khuluk (Tebus Talak)
Pengesahan Cerai
Pengesahan Lafaz Taklik
Apakah alasan yang membolehkan saya memfailkan perceraian secara Fasakh?
Berdasarkan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam, Fasakh boleh dipohon berdasarkan alasan berikut:
Keberadaan suami/ isteri tidak diketahui melebihi satu (1) tahun.
Suami gagal/cuai menyediakan nafkah selama tiga (3) bulan.