Jenis Perceraian

Perceraian yang terdapat di dalam Akta/Enakmen/Ordinan Undang-undang Keluarga Islam Negeri yang sedang berkuatkuasa di negeri-negeri adalah seperti berikut:

  • Perceraian Dengan Lafaz Talaq
  • Pengesahan Lafaz Talaq
  • Fasakh
  • Cerai Ta’liq
  • Tebus Talaq/Khulu’
  • Anggapan Mati

Akta/Enakmen/Ordinan Undang-undang Keluarga Islam Negeri telah memperuntukkan bahawa semua lafaz talaq hendaklah dilafazkan di hadapan Mahkamah Syariah dan dengan kebenaran Mahkamah. Adalah menjadi kesalahan sekiranya lafaz talaq tersebut dilafazkan di luar Mahkamah dan tanpa kebenaran Mahkamah.

Perceraian Dengan Lafaz Talak

Talaq ialah pembubaran ikatan perkahwinan dengan lafaz talaq atau seumpamanya berdasarkan al-Quran, as-Sunnah dan Ijmak ulama. Perceraian boleh dilakukan dengan lafaz soreh (jelas) dan lafaz kinayah (sindiran).

Pengesahan Lafaz Talak

Pengesahan Lafaz Talaq ialah talaq yang dilafazkan oleh suami di luar Mahkamah tanpa kebenaran Mahkamah sama ada dengan lafaz soreh atau lafaz kinayah. Pihak-pihak sama ada suami atau isteri, hendaklah melaporkan kepada Mahkamah dalam masa tujuh (7) hari, Mahkamah akan menyiasat dan memastikan sama ada lafaz tersebut sabit talaq atau tidak mengikut Hukum Syarak.

Fasakh

Fasakh ialah pembubaran perkahwinan disebabkan oleh sesuatu perkara yang diharuskan oleh Hukum Syarak. Di antara perkara-perkara yang mengharuskan fasakh ialah apabila suami atau isteri:

  • Tidak diketahui di mana mereka berada selama tempoh lebih daripada satu (1) tahun.
  • Tidak mengadakan peruntukkan nafkah isteri selama tempoh tiga (3) bulan.
  • Telah dihukum penjara selama tempoh tiga (3) tahun atau lebih.
  • Tidak menunaikan tanpa sebab yang munasabah nafkah batin selama satu (1) tahun.
  • Telah mati pucuk.
  • Telah gila selama tempoh dua (2) tahun.
  • Sedang mengidap penyakit kusta atau penyakit kelamin yang berjangkit.
  • Lazim menyakiti atau menjadikan kehidupan isterinya menderita.
  • Berkawan dengan perempuan-perempuan jahat.
  • Memaksa isteri hidup secara lucah.
  • Melupuskan harta isteri.
  • Menghalang isteri menunaikan kewajipan agama.
  • Tidak berlaku adil kepada isteri-isterinya mengikut Hukum Syarak.
  • Tidak menyetubuhi isteri dengan sengaja walaupun empat (4) bulan telah berkahwin.
  • Dan apa-apa alasan lain yang di iktiraf Hukum Syarak.

Cerai Ta’liq

Ta’liq ertinya perjanjian yang telah dibuat oleh suami selepas akad nikah mengikut Hukum Syarak dan sepertimana yang diperuntukkan dalam Akta/Enakmen/Ordinan Undang-undang Keluarga Islam Negeri. Cerai ta’liq boleh disabitkan apabila berlaku pelanggaran keatas ta’liq dan setelah aduan dibuat serta disahkan oleh Mahkamah.

Tebus Talaq (Khulu’)

Perceraian tebus talaq ialah satu perceraian yang diminta oleh isteri daripada suaminya dengan wang atau harta benda sepertimana yang dipersetujui melalui ijab dan qabul. Cerai Khulu’ adalah merupakan cerai bain sughra dan tidak boleh dirujuk melainkan dengan akad dan mas kahwin yang baru.

Anggapan Mati

Anggapan Mati ialah apabila suami seseorang perempuan telah mati atau dipercayai telah mati atau telah tidak didapati apa-apa perkhabaran mengenainya selama tempoh empat (4) tahun atau lebih. Apabila keadaan itu berterusan dan perempuan itu hendak berkahwin lain hendaklah terlebih dahulu mendapat perisytiharan anggapan mati daripada Mahkamah.

Practice Attorneys

Sorry, there is no child pages under your selected page.
Sorry, there is no child pages under your selected page.
  • Woman receives $240,000 for injuries received from boxes falling on her at retail store.
  • Woman receives $120,000 for cervical spine injury requiring epidural steroid injections after automobile accident.
  • Man in mid-30s receives $120,000 in damages for cervical spine fracture suffered in truck collision.
  • Woman in her early 20s receives $96,000 for physical and psychological damages caused by food tampering at restaurant.
  • Man in mid-20s receives $31,107 in damages for back injury suffered from truck wreck caused by downed power line.